Wednesday, February 22, 2012

Theatre of Dreams

tetibe gua rasa nak update entri pasal bola. kipas susah mati United gamaknya. petang tadi masa gua layan Teh Tarik Gelas Besar, gua ternampak entri Nami pasal bola. tak tau pulak beliau dah jadik penyokong Liverpool sekarang. agak sedih la. tapi nak buat macam mana. ye lah, fans Liverpool kan banyak awek cun. kalau tak caya cuba korang tanya Zuhaili. gua start sokong MU ni sejak gua kecik lagi. masa sekolah rendah. masa tue gua teman bapak gua layan game MU vs Liverpool. MU menang 3-1. dua bijik bolos dari corner. keeper Liverpool si David "Calamity" James memang selalu buat fumble dari cross atau sepakan sudut. ala, kalau gua kutuk lebih2 mamat ni pun korang mesti nak ungkit pasal De Gea kan. tak pun mesti nak bahan pasal Massimo Taibi lepas gol celah kangkang Matt Le Tissier rembat dari jarak 35 ela. so, dari masa waktu tue gua dah sokong MU. team yang bapak gua sokong pun boleh kalah. mesti hebat menatang MU ni kan. budak-budak, mana nak fikir sangat kan. 


satu lagi, dulu masa kecik-kecik gua agak rebel dengan bapak gua. ye la,h bapak gua garang. pernah sekali dia bagi sidekick kat gua sebab gua lambat solat maghrib. nak tengok Doraemon punya pasal. zaman kanak-kanak derr. Doraemon, Ultraman Taro pun lu orang layan jugak kan. jadi sokong MU ni sebab gua nak menunjukkan kekerasan kepala gua pada dia.kira macam anti-thesis la in term of literature. dia sokong Liverpool. gua sokong MU. dia sokong McClaren,gua sokong Ferrari. dia sokong Real Madrid, gua sokong Barca. kalau dia sokong Nadal masa 2, gua akan sokong Federer. keh3. ada la satu yang kitorang ngam, kitorang sokong England. yeah, Three Lions! meow..meow..eh tue bunyi kucing da..


dan lebih menguatkan lagi sokongan gua pada MU ni masa diorang kalahkan Bayern 2-1 masa final liga juara-juara season 98/99. Scholes dengan Roy Keane tak main masa final. suspension. Nicky Butt main tengah dengan Beckham.
Blomqvist ganti tempat Beckham. striker Andy Cole dengan Dwight Yorke. permata hitam MU yang score banyak gila babi dalam liga. Giggs yang score gol solo menarik masa semi final piala FA dengan Arsenal pun main. masa final 2, Bayern score dulu. cilakak. Mario Basler score free-kick. gua dah tak tentu hala. gundah gulana. sampai half time kedudukan masih 1-0. Bayern leading.  menurut sumber,masa half time 2, Ferguson (time ni belum dapat title Sir lagi) cakap "hari ni, jarak piala tue hanya 6 kaki je dari kita. kalau kamu semua kalah, saya pun tak dapat nak sentuh". lebih kurang. dan difahamkan semangat Teddy Sheringham makin tinggi bila beliau nampak Mario Basler, player Bayern amik corner sambil melambaikan tangan pada fans diorang. pui! wisel penamat belum bunyi lagi la der. Ferguson masukkkan Teddy Sheringham dengan super sub kitorang. "Baby-Faced Assasin" Ole Gunnar Solksjaer. Peter Schmeichel pun siap naik atas lagi bila corner sebab nak tolong dapatkan gol. memang Legend la game 2. sampai extra time MU dapat corner. Beckham amik. pakcik Teddy score dulu. 1-1. gua dah seronok sambil guling-guling kat ruang tamu. pastu dapat lagi satu corner. Beckham gak amik. Teddy Sheringham tanduk ke tanah dan bola melantun pada Ole Gunnar Solksjaer.  "Who Put the Ball in the German's Net?". and the rest is history.


gua tak kisah kalau member2 gua sokong MU sejak bila. kenapa. dan bagaimana. gua lagi suka kalau boleh layan game MU ramai-ramai. meriah sikit. cuma gua tak berapa suka dengan poseur2 yang sokong MU. gua nak cakap lebih-lebih pun bukannya Glazer tue pakcik gua. atau sememangnya gua lahir kat Carrington yang menyebabkan gua fanatik dengan MU. gua tengok bapak gua rileks je layan game Liverpool even diorang tak pernah menang liga sejak 1992 (sejak EPL ditubuhkan). Syed rileks je support Arsenal walaupun ni mungkin season ke-7 berturut-turut Arsenal akan tamatkan musim tanpa trofi. yang anti-MU pun satu. siap buat GEMUK lagi (Gagasan Excited MU kalah). rileks la. kita punya ic, ic Malaysia. kaler biru.bukannya ic Great Britain pun. ada yang cakap fans MU kerek,action. bukan semua ok tak. jangan la generalize sangat. paling tak tahan bila Arsenal kene tibai 8-2. Chelsea leading 3-0 tapi Man Utd kejar balik jadi 3-3. latest, Liverpool kalah 2-1 gua tak sibuk-sibuk nak bahan member gua pun. tapi bila City tibai United 6-1, berpuluh-puluh mesej masuk henpon gua.cilanat!


# stand up for the champions

Wednesday, February 8, 2012

..Mimpi 2012..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini entry pertama bagi 2012. lama tak update. busy (ok, ini alasan biasa orang lelaki). banyak perancangan dan harapan untuk tahun ini sebenarnya. antaranya, gua mahukan perjalanan kerjaya yang berkilauan, kewangan yang stabil dan kisah cinta romantik yang mengasyikkan (gua dah masuk 26 tahun ni derr). yang minor-minor seperti percutian ke Sydney, beli laptop baru ke, beli kamera ke. gua malas nak mention. jangan gelakkan harapan 2012 gua ni, sebulan gua pikir setelah mengambil kira segala bucu pandangan dan buah fikiran individu-individu berkenaan. untuk perjalanan kerjaya yang sekejap bersinar, sekejap kelam tetapi lebih banyak kepada muram pada 2011, gua berdoa supaya perjalanan karier tahun ni bakal menjelmakan barisan bintang-bintang wahima membentuk buruj indah di kaki langit. ok, jangan gelak lagi. gua tau gua ada bakat jadi sasterawan negara. isu kewangan kita skip ye. biasa, bab duit memang sensitif sikit. tapi gua harap tahun ni xde la kais pagi makan pagi seperti tahun-tahun sudah. kisah cinta romantik yang mengasyikkan. gua sendiri taip pun macam nak termuntah. Sara Tancredi pernah cakap dalam Prison Break Season One episode berapa ntah. "i always had a bad luck in a relationship". (macam takde kene mengena) cuma lepas kakak koko dah takde, gua sekarang bergantung harap pada Angel sahaja. itu pun sekejap  timbul. sekejap tenggelam. tapi lebih kepada nak lemas sekarang ni. cinta pertama zaman pasca kakak koko kot. Gadis Iklan korang tak payah cakap. buku gua pun tak pulang lagi, pecite? nasib baik gua tak hadap muka dia hari-hari. kalau tak ada yang merasa makan Converse saiz 7. ok ok, gua belum terasa nak maki orang lagi. gua tak nak panggil harapan ni sebagai azam 2012 sebab AZAM tue consider exaggerate sangat la. Nami pun cakap macam 2. gua panggil harapan je lah. lagi baik kalau kita namakan ia sebagai impian. ye, Impian 2012 


#make peace with your past before it spoils your present




Wednesday, November 16, 2011

..ping pong bukan sejenis haiwan...

semalam gua menghabiskan bajet gaji minggu ni dengan membeli bat ping pong..ye lahh..asyik pinjam org punya je..cuba bayangkan, ko pinjam bat ping pong org lain..pastu ko kalahkan dia, bagi dia makan kuah je..tak hangin satu badan?ada potensi nak kene hempuk dengan table ping pong kalau amalkan secara istiqamah..gua membuat rumusan untuk tidak pergi ke pusat membeli belah apatah lagi pergi ke pusat hiburan minggu ni atas alasan seperti yang dinyatakan di atas..setelah diselidik (memang gua study dulu ni), gua dengan seram sejuk mengeluarkan sejumlah wang tunai (takde credit card dan tak terpikir pun nak pakai dalam jangka masa terdekat) untuk membeli bat ping pong keluaran Butterfly..Wakaba Series II..gua memang suka main  spin2 ni..biar patah pinggang org lain nak return smash gua..tak kan ping pong pun nak main rally..penat..smash je sudey..
sebenarnya, 6 bulan lepas gua tak tau sepatah haram pun main ping pong..dengar nama pun dah pening lalat..ping pong?sukan ke?bukan makanan?kalau bukan makanan, gua tak interested..sekarang, gua dah tau spin ada 3 jenis..topspin..backspin/bottom spin..side spin..yang gua boldkan tue favourite move..backhand chop..forehand loop..lagi?backhand push..forehand drive..ahhh sudah2..kejadah apa merepek kat sini..tapi betul gua baru pandai main ni..nak buat cmne..gua tensai (genius dalam bahasa jepun kot..tanya encik Ken la kalau nak confirmation)..ajar sikit dah pandai kot..dan yang paling aneh sekali..gua AJK kelab ping pong masa sekolah menengah dulu (haha..tak caya meh sini tengok sijil berhenti sekolah) sah AJK tak guna..gua turun masa meeting tahunan kelab je..sebab ada makan2..waktu hari ko-ko (bukan kakak koko..dan hari Rabu kalau tak silap), gua lari g main bola..bakat gua ada kat situ je dulu..walaupun gua tahu sekarang agak terlambat untuk pandai main ping pong..sekurang-kurangnya gua tau..ping pong adalah sejenis sukan..manakala king kong merupakan seorang seekor haiwan..takde kaitan langsung..bingai!

Tuesday, October 25, 2011

..we're happy family though, Go Ace!..

sedang gua berehat2 di rumah sambil buat reading, novel Gurindam Jiwa..ye, gua memang penggemar Hlovate..gua salahkan bekas kekasih gua sebab dia yang paksa baca novel Hlovate yang dia beli (Tunas dgn aA + bB je pun)..tapi Gurindam Jiwa ni gua beli masa bulan puasa..sampai sekarang belum habis2 baca lagi..dah bosan dengan gaya penulisan Hlovate mungkin..berbalik kepada cerita asal..sedang khusyuk membuat pembacaan, tiba2 Ace menjerit dengan nada dering yang familiar.."ur sister is attempting to reach u on ur cellular device"..siapa yang call Maghrib2 ni, along ke aida..gua semak nama pemanggil, owh aida rupanya..memang gua call aida petang tadi, tapi dia x angkat..sibuk mungkin..tp xpe..dia dah call balik..setelah berbalas salam dan bertanyakan khabar masing2..aida bertanya, "tak aktifkan fb lagi ke?lamanya deactivate"..ceh, ni antara soalan yang gua dah dapat agak muncul dari mulut dia..dengan berat gua menjawab, "ala, nanti la..nanti eh..x sempat la nak aktifkan.."..gua pulak jawab (menipu! apa yg tak sempatnya..cakap je la hati sakit lagi).."kenapa tanya ni?ada pape yg best ke kat fb?", sambung gua lagi.."via Android! via Android! tengok la nanti..haha", aida menjawab dengan ceria..owh, gua dah boleh agak da tanpa bertanya dengan lebih lanjut..setelah diselidik2, rupanya dia dah beli phone baru..Ace jugak!! xde phone lain ke nak beli?chaitt..tapi dalam hati, gua tumpang gembira..bertambah lagi kawan Ace..2 minggu lepas Aced dah keluar..Aced - Ace yg dipast tense kan..haha..gua memang terer BI..sesuai dengan jiwa lelaki dia..phone baru aida gua belum bagi nama lagi..esok2 la..arini tak nak pikir lagi..kadang2 gua bengkek jugak dengan si aida ni..dah ada Blackberry..beli Ace lagi..ni belum kira hand bag, kasut dan segala macam branded stuff dia yang lain..gua syak PTPTN bagi loan juta2 kot sekarang..gua yg dah bekerja tetap ni masih berkira2 nak beli laptop Sony Vaio..tapi kenapa encik Busyra pakai phone lama lagi (jimat kot)..pape pun, tahniah kepada cik Aida..welcome to Ace Member Club!..we're happy family though..haha..

Tuesday, October 18, 2011

..too many plans to plan..

..tenggelam timbul kat blog perkara biasa..kalau ada masa, update lah..kalau busy, maap zahir batin..sebulan sekali baru update..encik duke selalu cakap, banyak sgt plan dalam tengkorak ko ni..main pingpong pun pikir 40 step ke depan nak kalahkan dia..2 yang bola banyak sangkut kat net..nak pergi ofis pun dok 30 minit pikir nak pakai baju kemeja rasmi ke kemeja-T je..selipar kaler hitam ke sandal koko..perfume CK One ke Burberry Brit yg along belikan masa dia g outstation..hadoi la..sejak bila amik berat tentang semua2 ni..bukan biasa main langgar je ke..bukan ada amoi pun kat office tue..masalah utamanya..kerja ni..kalau plan semua dalam tengkorak, bila nak diterjemahkan menjadi bahan kajian..kertas kerja melambak-lambak dah pulun..banyak sgt plan..back-up plan la, plan B la, game plan la (igt main PES 2011 ke)..tau 24 jam sehari/minggu yg Allah bagi memang cukup..tapi masih terkejar-kejar nak siapkan semua-semua..kene amik kursus time management kot..bangun pagi jam 530 pun masih lambat g kerja..masalah nie..nasib baik x amalkan sistem biometriks kat sini..

p/s : lupa, ada plan nak terbitkan mini novel kat blog ni bertajuk "cinta kakak koko"

Tuesday, September 20, 2011

| Birthday Poem |


kehidupan bagaikan bahtera,
terumbang-ambing dipukul badai sepi,
menghitung hari-hari yang menjalar,
melitupi kesedihan diri.

semalam,
ku ratapi pemergianmu,
tanpa sepatah kata,
sebaris bicara,
kau cuma diam membisu, merindu.

keheningan senja,
kesepian malam,
hitam nan pekat,
unggas-unggas menyanyi menghiburkan hati,
namun jiwaku hiba, luka,
pabila terkenangkan kemanisan tika bersama,
tanganmu yang menggapai, menghulur,
tali persahabatan terikat,
pakatan janji tersemai.

kau mengubah kehidupanku,
dari bunga yang layu,sayu,
kembali segar, mekar menikmati sinar mentari,
keindahan pelangi,kesegaran pagi,
membuatku sering menanti akan hadirmu dalam hidupku.

penantian kini berakhir jua,
tiada kata yang dapat dilafaskan,
tatkala bunga-bunga cinta hadir dari madahmu,
kesunyian kini berakhir jua,
luka hati terubat akhirnya.

terima kasih tuhan,
doaku kau kabulkan,
pintu hatiku terbuka untukmu,
marilah kita maju bersama,
melangkah ke  alam bahagia,
akan ku semai kasih-sayang dalam hatimu,
akan ku tanam benih-benih cinta ke jiwamu,
semoga kita bahagia hendaknya,
hingga ke pintu syurga akhirnya.


sajak ni dihadiahkan sempena hari ulang tahun kelahiran gua yg ke-25..tapi baru di-email kepada gua minggu lepas..ini original copy..gua x edit pape..thanks anyway, sajak ni dihasilkan secara random..gua appreciate..tapi tolong, ini bukan "kenangan lalu mengusik jiwa"..seriously it isn't...






Wednesday, September 14, 2011

..kehidupan melodramatik...

apa yg kita buat, kita ekspresikan, kita lontarkan..tidak semuanya synchronize dgn apa yg ada dalam hati..dan gua rasa itu normal..semua org pun mcm 2..ye..semua org (tanpa prejudis)..mungkin akan ada org2 dapat membaca hati kita tanpa perlu kita mengutarakannya..cuma siapa?ramai mana org mcm 2?kan?and itu pun kalau ada..bukan senang nak jumpa dgn org yg bila kau ckp "aku okay"..dia akan berdiri dan peluk kau dari belakang sambil ckp "aku tau kau tak okay"..atau pun bila kau reply sms dia ckp "xpe2"..dia akan reply balik dan ckp "don't lie..i know u well"..gua rasa mcm suspicious dgn mereka2 yg berada dlm 30km radius dgn gua sehari dua ni..adakah mereka juga menjadi "plastik" dgn gua?

* dan gua juga baru perasan yg entri2 lama kat dlm draft dah di"delete" | ntah bila...

Wednesday, August 24, 2011

..Telegram Dari Hati...

the book says : when u in doubt, randomize it..but since i'm not the the typical "book people"..i do the random and speaking the truth when i think it's worth telling..i have faith in my present, not to expect it will reflecting back to me..no! not!..it's not like that..my faith is not something that every person can't easily get even if it was bought, borrowed and begged..i'm choosing to believe the present because without that, i considerably have nothing..it's one of the reason for me to keep going somehow within the distance..a person who trust no one can be trusted indeed..


p/s : the truth is stranger than fiction sometimes 


a lot like faith,
Deddy Mizwar Aris