Sunday, June 15, 2014

Brasil 2014



well, tengok entry title pun dah tau gua nak update pasal Piala Dunia. temasya bola sepak 4 tahun sekali nie memang paling ditunggu oleh semua orang tak mengira peringkat usia dan jantina. gua secara formalitinya menonton Piala Dunia secara istiqamah pada tahun 1998. ok, pasukan pilihan gua korang takyah la tanya. setiap edisi Piala Dunia gua akan menyokong Three Lions, tanpa prejudis. ini wajib, gua rasa kuah yang bapak gua makan dah tertumpah sikit dalam pinggan gua kot. walaupun setiap 4 tahun gua akan merasa kecewa, gua tetap akan sokong England. biar la kene bahan macam mana sekali pun. gua tetap akan beli jersi replika diorang untuk kenang-kenangan.

untuk 2014 nie gua dah plan nak beli jersi original diorang. gua dah usha2 dah. memang mampu milik dan berbaloi untuk disarung ke badan montel gua nie. gua rasa gua boleh jadi macam Rooney, versi overweight sikit la. tapi hasrat tue agak terbantut bila gua tengok live match England lawan Itali pagi tadi. naharrromm kalah 2-1. kalau tak lepas group stage memang tak berbaloi gua beli. Rooney pun main macam sisa tinja. baik gua beli jersi player edition England cap Siam kat Nilai 3 semalam. tapi takpe lah, gua dah beli jersi away Oranje untuk dirasmikan kat Floria Putrajaya petang nie. gua rasa diorang bole g jauh dari England dalam edisi Piala Dunia kali nie. kbai. 


ini lah jersi yang gua beli semalam. sempena diorang kalahkan Spain 5-1