Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini entry pertama bagi 2012. lama tak update. busy (ok, ini alasan biasa orang lelaki). banyak perancangan dan harapan untuk tahun ini sebenarnya. antaranya, gua mahukan perjalanan kerjaya yang berkilauan, kewangan yang stabil dan kisah cinta romantik yang mengasyikkan (gua dah masuk 26 tahun ni derr). yang minor-minor seperti percutian ke Sydney, beli laptop baru ke, beli kamera ke. gua malas nak mention. jangan gelakkan harapan 2012 gua ni, sebulan gua pikir setelah mengambil kira segala bucu pandangan dan buah fikiran individu-individu berkenaan. untuk perjalanan kerjaya yang sekejap bersinar, sekejap kelam tetapi lebih banyak kepada muram pada 2011, gua berdoa supaya perjalanan karier tahun ni bakal menjelmakan barisan bintang-bintang wahima membentuk buruj indah di kaki langit. ok, jangan gelak lagi. gua tau gua ada bakat jadi sasterawan negara. isu kewangan kita skip ye. biasa, bab duit memang sensitif sikit. tapi gua harap tahun ni xde la kais pagi makan pagi seperti tahun-tahun sudah. kisah cinta romantik yang mengasyikkan. gua sendiri taip pun macam nak termuntah. Sara Tancredi pernah cakap dalam Prison Break Season One episode berapa ntah. "i always had a bad luck in a relationship". (macam takde kene mengena) cuma lepas kakak koko dah takde, gua sekarang bergantung harap pada Angel sahaja. itu pun sekejap timbul. sekejap tenggelam. tapi lebih kepada nak lemas sekarang ni. cinta pertama zaman pasca kakak koko kot. Gadis Iklan korang tak payah cakap. buku gua pun tak pulang lagi, pecite? nasib baik gua tak hadap muka dia hari-hari. kalau tak ada yang merasa makan Converse saiz 7. ok ok, gua belum terasa nak maki orang lagi. gua tak nak panggil harapan ni sebagai azam 2012 sebab AZAM tue consider exaggerate sangat la. Nami pun cakap macam 2. gua panggil harapan je lah. lagi baik kalau kita namakan ia sebagai impian. ye, Impian 2012
#make peace with your past before it spoils your present
#make peace with your past before it spoils your present
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOkay. Sekarang aku baru perasan saiz kasut kita sama atau kita pernah cakap dulu dan aku yang lupa ? Deng !
ReplyDelete