Sunday, June 15, 2014

Brasil 2014



well, tengok entry title pun dah tau gua nak update pasal Piala Dunia. temasya bola sepak 4 tahun sekali nie memang paling ditunggu oleh semua orang tak mengira peringkat usia dan jantina. gua secara formalitinya menonton Piala Dunia secara istiqamah pada tahun 1998. ok, pasukan pilihan gua korang takyah la tanya. setiap edisi Piala Dunia gua akan menyokong Three Lions, tanpa prejudis. ini wajib, gua rasa kuah yang bapak gua makan dah tertumpah sikit dalam pinggan gua kot. walaupun setiap 4 tahun gua akan merasa kecewa, gua tetap akan sokong England. biar la kene bahan macam mana sekali pun. gua tetap akan beli jersi replika diorang untuk kenang-kenangan.

untuk 2014 nie gua dah plan nak beli jersi original diorang. gua dah usha2 dah. memang mampu milik dan berbaloi untuk disarung ke badan montel gua nie. gua rasa gua boleh jadi macam Rooney, versi overweight sikit la. tapi hasrat tue agak terbantut bila gua tengok live match England lawan Itali pagi tadi. naharrromm kalah 2-1. kalau tak lepas group stage memang tak berbaloi gua beli. Rooney pun main macam sisa tinja. baik gua beli jersi player edition England cap Siam kat Nilai 3 semalam. tapi takpe lah, gua dah beli jersi away Oranje untuk dirasmikan kat Floria Putrajaya petang nie. gua rasa diorang bole g jauh dari England dalam edisi Piala Dunia kali nie. kbai. 


ini lah jersi yang gua beli semalam. sempena diorang kalahkan Spain 5-1

Sunday, April 6, 2014

..Gua Menulis Kerana...


Gua menulis kerana gua memang suka menulis (ok, kalau kat blog kira taip lah kan). Tapi gua pun tak mengiktiraf diri gua sebagai penulis, cuma lazimnya inilah tabiat yang gua ada pada waktu senggang sejak menghabiskan kuliah di UPM dulu. Selain dari bermain bola, futsal dan game Football Manager la. Gua tahu gua memang takde bakat pun dalam bidang penulisan, cuma mahu menyisip cerita (putus cinta) dan pengalaman hidup sebab takut-takut terlupa bila dah tua nanti. Nak tulis dalam diari memang rare la kot. Apatah lagi dengan risiko untuk diari tersebut menjadi santapan semut dan anai-anai di rumah. Tak caya? Cuba tanya member gua, Affandi. External hard disc pun semut makan sampai rosak tau! Tajam gigi semut nie. 

Gua tahu idea gua akan meluap-luap keluar bila mana hati gua sedang kusut, berceramuk dan berkecamuk. Mungkin pada masa tue gua perlukan seseorang untuk mendengar bebelan gua yang penuh dengan carutan kot. Gua pun tak sedar bila masa carutan nie dah jadi sebati dengan gua. Pengaruh rakan sebaya la kot. (ok, salahkan member pulak). Sebab tue pada awal-awal kemunculan blog gua nie, semua post penuh dengan elemen melancholic dan emo. Gua tak nafikan gua memang ada sentimental value yang tinggi, tapi takde la sampai jiwang berkarat-karat. Silap haribulan boleh kene tetanus oo. 

Pada dasarnya, semua orang pernah putus cinta (unless u're lucky bastard that succeed on your first love) atau pun memang ada individu-individu tak pernah jatuh cinta (tak pernah bercinta memang tak merasa la putus cinta. ye dak?). Tapi akan tiba pada satu titik kehidupan korang, korang akan rasa bahawa kehilangan seseorang yang korang cintai akan menjadikan diri korang manusia yang lebih baik lagi. Korang akan berhenti menangis. Korang akan belajar untuk melihat dunia dari sisi pandangan yang lain. Korang akan tahu menghargai apa yang ada di sekeliling korang. Keluarga?Kawan? Atau musuh yang selama nie korang benci, tapi sebenarnya mereka-mereka tidaklah begitu jijik untuk dibenci. Cuma bila putus cinta, korang akan melihat mereka dari perspektif yang berbeda. Alam cinta memang membuatkan kita berada di dimensi lain. Bukan ke? Dan secara ikhlasnya, ini lah yang membuatkan gua menulis. Dulu gua menulis kerana putus cinta. Sekarang gua menulis kerana C.I.N.T.A. 



Aku tak pandai melukis, so aku tak boleh lukis dan warna perasaan aku. 
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku takde art and skill, maka aku takleh nak shout out buat graffiti kat mana-mana dinding,
Dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis, aku tau throw out and spill je,
I'm not a writer, I'm merely a storyteller
-Hlovate-

Friday, January 24, 2014

..Dream It | Wish it | Do It...

Anyhow, before gua melalut dengan lebih panjang lagi. Gua ingin mengucapkan Happy Belated New Year 2014 kepada member-member dan kekasih gua yang membaca blog ini. Steady beb. Tahun nie gua nak jadi produktif menulis blog (ini consider azam tahun baru ke). Gua tau gua memang rasa malas menulis bila gua rasa bahagia. Come on, i'm happy with my real life. Thus, i'm wrote well when i'm slightly demotivated (ayat nak mintak penampar). As usual, awal-awal tahun nie memang havoc dengan azam tahun baru kan. Pigidah, paling kuat pun azam tue korang ingat sampai bulan Mac. Pastu ke laut dah la sampai hujung tahun. Takpe, gua pun buat benda yang sama gak sebenarnya. hekhek. 

Actually, seperti yang gua explain 2 tahun lepas. Azam tue consider exaggerate. So, kita panggil impian tahun baru la ye. Untuk 2013 gua memang ada 1 impian. Gua nak survive. Sebab? Just because i need to. Korang bayangkan korang akan jobless dengan pelbagai pinjaman nak kene bayar. PTPTN. Kereta. Menangeh bro. Nasib baik belum beli rumah or buat loan kahwin. Kalau tak memang carik Along (bukan debtor tapi akak  gua) la. Zaman sekarang bukan senang nak carik keje. Keje yang ada pun kadang-kadang tak kene dengan jiwa atau bayaran kurang berpatutan dengan bantingan tulang empat kerat setiap hari. Tapi jangan putus asa, rezeki dan rahmat dari Allah memang ada. Cuma bila belum sampai tue kita jangan cepat mengalah dan berhenti berharap. 

Untuk 2014 nie pun gua tak nak banyak jugak, gua nak 2 je. Boleh kan? First of all, gua akan cuba untuk securekan kerja gua whatever it takes. Walaupun gua agak selesa dengan keadaan sekarang, i want to improve. If changes makes us better. Constantly changes makes us perfect. Winston Churchill kot cakap. Cuba angpa check. Sementara gua ada kerja lagi nie, gua boleh selektif sikit. Cuma by that time contract gua tak re-new, gua mesti ada Plan B oi. Gua baru 28, belum 68 lagi nak makan duit pencen hari-hari. Takdak kije memang gua apply masuk Maharaja Lawak Mega.

Dan yang kedua, gua nak kawen tahun nie. Bukan sebab trending atau pengaruh rakan sebaya. Tapi gua rasa memang dah sampai seru kot nak menamatkan zaman bujang. Dan gua rasa memang dah jumpa jugak pemilik tulang rusuk kiri gua nie. Bak kata Syed Mustafa, rasa shit do bila tido tak peluk orang. Biasa aa statement orang baru kawen. Dah, gua penat nak tulis panjang-panjang. Banyak lagi keje nak buat. Nanti aa kalau rajin gua update la entri lagi. Chow!