Gua menulis kerana gua memang suka menulis (ok, kalau kat blog kira taip lah kan). Tapi gua pun tak mengiktiraf diri gua sebagai penulis, cuma lazimnya inilah tabiat yang gua ada pada waktu senggang sejak menghabiskan kuliah di UPM dulu. Selain dari bermain bola, futsal dan game Football Manager la. Gua tahu gua memang takde bakat pun dalam bidang penulisan, cuma mahu menyisip cerita (putus cinta) dan pengalaman hidup sebab takut-takut terlupa bila dah tua nanti. Nak tulis dalam diari memang rare la kot. Apatah lagi dengan risiko untuk diari tersebut menjadi santapan semut dan anai-anai di rumah. Tak caya? Cuba tanya member gua, Affandi. External hard disc pun semut makan sampai rosak tau! Tajam gigi semut nie.
Gua tahu idea gua akan meluap-luap keluar bila mana hati gua sedang kusut, berceramuk dan berkecamuk. Mungkin pada masa tue gua perlukan seseorang untuk mendengar bebelan gua yang penuh dengan carutan kot. Gua pun tak sedar bila masa carutan nie dah jadi sebati dengan gua. Pengaruh rakan sebaya la kot. (ok, salahkan member pulak). Sebab tue pada awal-awal kemunculan blog gua nie, semua post penuh dengan elemen melancholic dan emo. Gua tak nafikan gua memang ada sentimental value yang tinggi, tapi takde la sampai jiwang berkarat-karat. Silap haribulan boleh kene tetanus oo.
Pada dasarnya, semua orang pernah putus cinta (unless u're lucky bastard that succeed on your first love) atau pun memang ada individu-individu tak pernah jatuh cinta (tak pernah bercinta memang tak merasa la putus cinta. ye dak?). Tapi akan tiba pada satu titik kehidupan korang, korang akan rasa bahawa kehilangan seseorang yang korang cintai akan menjadikan diri korang manusia yang lebih baik lagi. Korang akan berhenti menangis. Korang akan belajar untuk melihat dunia dari sisi pandangan yang lain. Korang akan tahu menghargai apa yang ada di sekeliling korang. Keluarga?Kawan? Atau musuh yang selama nie korang benci, tapi sebenarnya mereka-mereka tidaklah begitu jijik untuk dibenci. Cuma bila putus cinta, korang akan melihat mereka dari perspektif yang berbeda. Alam cinta memang membuatkan kita berada di dimensi lain. Bukan ke? Dan secara ikhlasnya, ini lah yang membuatkan gua menulis. Dulu gua menulis kerana putus cinta. Sekarang gua menulis kerana C.I.N.T.A.
Aku tak pandai melukis, so aku tak boleh lukis dan warna perasaan aku.
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku takde art and skill, maka aku takleh nak shout out buat graffiti kat mana-mana dinding,
Dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis, aku tau throw out and spill je,
I'm not a writer, I'm merely a storyteller
-Hlovate-
No comments:
Post a Comment