Wednesday, February 22, 2012

Theatre of Dreams

tetibe gua rasa nak update entri pasal bola. kipas susah mati United gamaknya. petang tadi masa gua layan Teh Tarik Gelas Besar, gua ternampak entri Nami pasal bola. tak tau pulak beliau dah jadik penyokong Liverpool sekarang. agak sedih la. tapi nak buat macam mana. ye lah, fans Liverpool kan banyak awek cun. kalau tak caya cuba korang tanya Zuhaili. gua start sokong MU ni sejak gua kecik lagi. masa sekolah rendah. masa tue gua teman bapak gua layan game MU vs Liverpool. MU menang 3-1. dua bijik bolos dari corner. keeper Liverpool si David "Calamity" James memang selalu buat fumble dari cross atau sepakan sudut. ala, kalau gua kutuk lebih2 mamat ni pun korang mesti nak ungkit pasal De Gea kan. tak pun mesti nak bahan pasal Massimo Taibi lepas gol celah kangkang Matt Le Tissier rembat dari jarak 35 ela. so, dari masa waktu tue gua dah sokong MU. team yang bapak gua sokong pun boleh kalah. mesti hebat menatang MU ni kan. budak-budak, mana nak fikir sangat kan. 


satu lagi, dulu masa kecik-kecik gua agak rebel dengan bapak gua. ye la,h bapak gua garang. pernah sekali dia bagi sidekick kat gua sebab gua lambat solat maghrib. nak tengok Doraemon punya pasal. zaman kanak-kanak derr. Doraemon, Ultraman Taro pun lu orang layan jugak kan. jadi sokong MU ni sebab gua nak menunjukkan kekerasan kepala gua pada dia.kira macam anti-thesis la in term of literature. dia sokong Liverpool. gua sokong MU. dia sokong McClaren,gua sokong Ferrari. dia sokong Real Madrid, gua sokong Barca. kalau dia sokong Nadal masa 2, gua akan sokong Federer. keh3. ada la satu yang kitorang ngam, kitorang sokong England. yeah, Three Lions! meow..meow..eh tue bunyi kucing da..


dan lebih menguatkan lagi sokongan gua pada MU ni masa diorang kalahkan Bayern 2-1 masa final liga juara-juara season 98/99. Scholes dengan Roy Keane tak main masa final. suspension. Nicky Butt main tengah dengan Beckham.
Blomqvist ganti tempat Beckham. striker Andy Cole dengan Dwight Yorke. permata hitam MU yang score banyak gila babi dalam liga. Giggs yang score gol solo menarik masa semi final piala FA dengan Arsenal pun main. masa final 2, Bayern score dulu. cilakak. Mario Basler score free-kick. gua dah tak tentu hala. gundah gulana. sampai half time kedudukan masih 1-0. Bayern leading.  menurut sumber,masa half time 2, Ferguson (time ni belum dapat title Sir lagi) cakap "hari ni, jarak piala tue hanya 6 kaki je dari kita. kalau kamu semua kalah, saya pun tak dapat nak sentuh". lebih kurang. dan difahamkan semangat Teddy Sheringham makin tinggi bila beliau nampak Mario Basler, player Bayern amik corner sambil melambaikan tangan pada fans diorang. pui! wisel penamat belum bunyi lagi la der. Ferguson masukkkan Teddy Sheringham dengan super sub kitorang. "Baby-Faced Assasin" Ole Gunnar Solksjaer. Peter Schmeichel pun siap naik atas lagi bila corner sebab nak tolong dapatkan gol. memang Legend la game 2. sampai extra time MU dapat corner. Beckham amik. pakcik Teddy score dulu. 1-1. gua dah seronok sambil guling-guling kat ruang tamu. pastu dapat lagi satu corner. Beckham gak amik. Teddy Sheringham tanduk ke tanah dan bola melantun pada Ole Gunnar Solksjaer.  "Who Put the Ball in the German's Net?". and the rest is history.


gua tak kisah kalau member2 gua sokong MU sejak bila. kenapa. dan bagaimana. gua lagi suka kalau boleh layan game MU ramai-ramai. meriah sikit. cuma gua tak berapa suka dengan poseur2 yang sokong MU. gua nak cakap lebih-lebih pun bukannya Glazer tue pakcik gua. atau sememangnya gua lahir kat Carrington yang menyebabkan gua fanatik dengan MU. gua tengok bapak gua rileks je layan game Liverpool even diorang tak pernah menang liga sejak 1992 (sejak EPL ditubuhkan). Syed rileks je support Arsenal walaupun ni mungkin season ke-7 berturut-turut Arsenal akan tamatkan musim tanpa trofi. yang anti-MU pun satu. siap buat GEMUK lagi (Gagasan Excited MU kalah). rileks la. kita punya ic, ic Malaysia. kaler biru.bukannya ic Great Britain pun. ada yang cakap fans MU kerek,action. bukan semua ok tak. jangan la generalize sangat. paling tak tahan bila Arsenal kene tibai 8-2. Chelsea leading 3-0 tapi Man Utd kejar balik jadi 3-3. latest, Liverpool kalah 2-1 gua tak sibuk-sibuk nak bahan member gua pun. tapi bila City tibai United 6-1, berpuluh-puluh mesej masuk henpon gua.cilanat!


# stand up for the champions

Wednesday, February 8, 2012

..Mimpi 2012..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini entry pertama bagi 2012. lama tak update. busy (ok, ini alasan biasa orang lelaki). banyak perancangan dan harapan untuk tahun ini sebenarnya. antaranya, gua mahukan perjalanan kerjaya yang berkilauan, kewangan yang stabil dan kisah cinta romantik yang mengasyikkan (gua dah masuk 26 tahun ni derr). yang minor-minor seperti percutian ke Sydney, beli laptop baru ke, beli kamera ke. gua malas nak mention. jangan gelakkan harapan 2012 gua ni, sebulan gua pikir setelah mengambil kira segala bucu pandangan dan buah fikiran individu-individu berkenaan. untuk perjalanan kerjaya yang sekejap bersinar, sekejap kelam tetapi lebih banyak kepada muram pada 2011, gua berdoa supaya perjalanan karier tahun ni bakal menjelmakan barisan bintang-bintang wahima membentuk buruj indah di kaki langit. ok, jangan gelak lagi. gua tau gua ada bakat jadi sasterawan negara. isu kewangan kita skip ye. biasa, bab duit memang sensitif sikit. tapi gua harap tahun ni xde la kais pagi makan pagi seperti tahun-tahun sudah. kisah cinta romantik yang mengasyikkan. gua sendiri taip pun macam nak termuntah. Sara Tancredi pernah cakap dalam Prison Break Season One episode berapa ntah. "i always had a bad luck in a relationship". (macam takde kene mengena) cuma lepas kakak koko dah takde, gua sekarang bergantung harap pada Angel sahaja. itu pun sekejap  timbul. sekejap tenggelam. tapi lebih kepada nak lemas sekarang ni. cinta pertama zaman pasca kakak koko kot. Gadis Iklan korang tak payah cakap. buku gua pun tak pulang lagi, pecite? nasib baik gua tak hadap muka dia hari-hari. kalau tak ada yang merasa makan Converse saiz 7. ok ok, gua belum terasa nak maki orang lagi. gua tak nak panggil harapan ni sebagai azam 2012 sebab AZAM tue consider exaggerate sangat la. Nami pun cakap macam 2. gua panggil harapan je lah. lagi baik kalau kita namakan ia sebagai impian. ye, Impian 2012 


#make peace with your past before it spoils your present