Sudah masuk bulan terakhir dalam suku pertama 2013 dan untuk tahun ni gua masih lagi malas mengupdate blog. Kesuraman dalam kerjaya mungkin. Kepatahan hati juga mungkin. Atau mungkin juga kerna gua terlalu memberikan komitmen dalam hobi terbaru gua yakni bermain DOTA. Laungan retorik "i'm wrote well when i'm slightly demotivated" yang selalu gua canangkan dah boleh campak ke laut jugak kot. But please, even genius make mistakes one or twice. (and even thrice : ini kucing gemuk gua je yang paham)
Gua bukannya tak nak mengutarakan isu pencerobohan Lahad Datu yang sedang hangat sekarang. Namun lebih sekadar memberi peluang kepada mereka-mereka yang lebih arif untuk memberi kita informasi terkini dan sahih. Gua hanya mampu berdoa dan berharap semoga isu ini pantas selesai. Sebab setakat ni, paling kuat gua pegang senapang pun dalam Battlefield 3. Tak pun dalam Counter Strike. Blackshot gua tak try lagi. Malas ah. Sebab malam-malam sekarang gua sibuk. Sibuk nak manjakan kucing gemuk gua. Biar dia makin gemuk. Senang sikit gua nak tumbuk perut dia.
Walaubagaimana malas sekali pun, gua tetap nak mengupdate blog gua petang ni. Al-maklumlah kerja-kerja kat office sekarang dah makin berkurangan bahana isu perpindahan. Bagi mereka yang belum sedia maklum, gua dijadualkan dan diminta oleh pucuk pimpinan atasan untuk meletak jawatan gua secara paksa rela di tempat kerja sekarang atas alasan penutupan stesen penyelidikan. Eleh, nak mengelat bayar VSS (Voluntary Separation Scheme) pada gua la tue. Dan ini sebenarnya mengundang spekulasi. Malahan rakan-rakan media gua pun sering bertanya. Apa jadi lepas ko berenti? Nak kerja mana? Nak duduk mana? Balik kampung jadi petani ke? Jadi ke tak kawen dengan aku? (ok. ini soalan gua reka sendiri)
Untuk tidak mahu mengundang lebih banyak spekulasi, di sini gua akan menjelaskan bahawasanya Biotropics Malaysia Berhad akan menawarkan satu kontrak disertai dengan memorandum persefahaman (MoU) kepada syarikat gua (ini gua tak reka sendiri) untuk menjaga segala khazanah dan harta peninggalan mereka yang akan berpusat di Jabatan Pertanian Serdang selama setahun berkuatkuasa mulai 1 April 2013. (MoU tak keluar lagi. Kalau diorang buat April Fool, gua panggil geng-geng militan Sulu menceroboh ibu pejabat tempat kerja gua kat Glenmarie sat g). Kiranya kerja gua akan secure untuk tempoh satu tahun lagi. Next year la baru cari kerja tempat lain. Balik Johor tanam pokok palma ke. Bela ikan piranha ke.
Mungkin gua akan menginap di Bangi bersama kekasih-kekasih hati gua (ya, ini plural. bukan singular) mulai bulan hadapan. Kalau ternampak gua tengok wayang kat Mines ke. Beli external hard disc kat Lowyatt ke. Beli buku kat MPH Alamanda ke. Tegur-tegur la gua. Mana tahu gua boleh mintak belanja roti bom kat mamak Maulana. Cuma di sini gua ingin menyatakan bahawa housemate gua nanti bakal berkahwin pada bulan Oktober dan gua harus disesarkan daripada rumah tersebut. So, at the end of August or early September gua kene cari kediaman baru. Kalau korang ada bilik kosong kat banglo korang ke. Kondo korang ke. Rumah teres korang ke. Sila roger gua kalau korang tak nak tengok member korang yang comot ni tido kat bawah flyover/jambatan mana-mana. Atau berkhemah di pinggir Tasik Cempaka. Sekian, terima kasih.
#and owh, tajuk blog ni gua tukar lagi. Bukan "Di Batas Masa", sebab dulu blog gua kene hijack pastu suka-suki dia je tukar nama blog gua jadi camtu. It's called "The Life and Times" sempena buku Einstein yang gua baru beli dengan harga 85 sen. Mungkin gua tukar lagi kalau rasa macam tak sedap. haha.