salah seorang kawan baik gua masa zaman undergrade melangsungkan perkahwinan beliau sudah. gua tribute kan entry ini khas untuk beliau. walaupun gua tau dia mana ada masa sangat nak baca. biasa r, org dah kawen mmg busy. betul? baik, kitorang panggil dia Cip walhal nama sebenar beliau adalah Mohd Aliff bin Mohd Ali. senior bagi nama. kami orang ikut je la. nanti ada yang kene campak dari tingkat 3 bangunan asrama. tak ke haru.
masa sem 1 dulu, schedule kelas gua sama dengan mamat ni. mungkin ade chemistry kot. jadi kitorang pun selalu pergi kelas sama-sama. gua masih ingat lagi ayat lazim beliau waktu pergi kelas sambil jalan kaki dulu. "culture shock!" "culture shock!". gua difahamkan beliau merupakan lepasan PASUM (Pusat Asasi Sains UM). lifestyle dia kat UM pun sosialis tahap kokang. culture shock jugak katanya. sebab dia dari sekolah menengah agama kerajaan negeri Melaka. kejadah ape sume nak culture shock. bagi elektrik shock baru tau. ceh. gua komplen org je tau.
gua tau gua dgn mamat ni mmg rapat. cuma yang paling gua tak puas hati kenapa coursemate gua labelkan kitorang abang-adik punya relationship. ciss. diorang ni buta bentuk ke ape. keh3. sampai diorang tertukar panggil lagi. sampai sekarang jugak kot. tapi xpe, gua tak marah. dalam phone pun boleh tertukar suara. hawau betul (ahh kacau, dah kuar dah trademark org melakau). banyak jugak persamaan gua dgn mamat ni. main bola sama-sama. makan roti canai pagi-pagi buta sebelum exam. run bisnes sama-sama. melepak sama-sama. nasib baik preference utk calon aweks tak sama. mungkin beliau tak berminat dgn org yg lagi tua kot. *palmface*
cuma lepas beberapa sem, beliau keluar dari kepompong "low profile club" kami. maybe he's more comfortable living under the spotlight kot. and he's even blooming since then. sampai sekarang kot. ade bisnes sendiri. untung la bini dia. yang gua tak puas hati, apsal kad kawen dia hantar by post?apsal tak hantar by hand? kate non-blood brother relationship. pape pun, gua doakan semoga jodoh mamat ni berkekalan hingga ke akhir hayat. gua datang kot wedding lu kat Selandar 17hb ni. cuma gua tgh dok pk nak bagi hadiah ape. pellet ikan? GPS? eh GPS tak boleh. sebab bisnes baru dia dgn Logesh jual menatang tue. bila nak launching branch kat Skudai Parade? gua nak tumpang potong reben sekali.
| masa ni bisnes beliau dah berkembang maju. tak dan amik gambar Konvo sama-sama | |
No comments:
Post a Comment